FEBRUARI 2022

YAB Abg Jo Rasmi CMIEA Ke-3


KUCHING, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg telah hadir di Majlis Chief Minister's Industry Excellence Awards ( CMIEA ) 2021 bertempat di BCCK Kuching.

Dalam ucapan YAB Abg Jo terlebih dahulu merakamkan terima kasih atas kejayaan pihak Sarawak Business Federation ( SBF )  menganjur CIMIEA 2021.

"Pada PRN ke-12, telah menujukan bahawa rakyat berkehendakan Kerajaan yang stabil dengan sokongan kuat Komuniti Perniagaan di Sarawak yang boleh merancang, melaksankan Pembangunan dan polisi ekonomi yang tersusun dan berimpak" katanya.

Tambah YAB Abg Jo, Kerajaan akan terus memperhebatkan lagi ekonomi dengan fokus utama kepada Permodenan Pertanian, meningkat lagi Infrastrukur, Pembangunan sumber manusia seperti Strategi 2030 Pembangunan Pasca C-19, dan juga mengatakan bahawa Kerajaan akan menubuh Lembaga Pembangunan Tasik yg akan membangun Pelancongan Tasik di Sarawak.

"Pihak swasta juga di sarankan untuk bersama Kerajaan mengerakkan Pembangunan ekonomi Sarawak dengan mereka melabur di Sarawak, katanya. 

Diakhir majlis YAB Abg Jo menyampaikan Anugerah kepada para penerima. 

Turut hadir, YB Dato Sri Professor Dr Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dr Justin Lee, Duta Australia di Malaysia, Mohamad Shed Alam Kastagir, Timbalan Duta Bangladesh di Malaysia, YB Dr Malcolm Mussen Lamoh Menteri Muda Perdagangan dan Pelaburan Sarawak dan Datuk Abd Karim Tun Openg, Presiden Sarawak Business Federation.

Sumber dari : Sarawakku